Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk
menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.
- Kunyah
makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat
kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
- Kurangkan
pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan
yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang
tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
- Jika
anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan
buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.
- Jangan
makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan
pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam
sebelum masuk tidur.
- Jika anda terbangun dari tidur pada waktu
malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti
epal atau pisang.
- Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu
makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan
berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah
terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.
- Kawal nafsu
makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang
sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari
demi untuk mengawal nafsu makan anda.
- Jika
anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein
shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara
sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan
malam.
- Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi
proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda
tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
- Tingkatkan
aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter
sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di
padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak
kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari
destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada
menggunakan lif.
- Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap
kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang selepas balik
kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan
'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap
set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan
dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik
berketul-ketul.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar